Buat Yang Mo Merit…kata2 buat kalian hohohohoho…..

Filed under: Uncategorized — adessweet at 1:47 am on Sunday, June 1, 2008

Bingung mo post dimn, klo di bulletin gmn gityuh~
dapet dari tetangga sebelah

Wahai SUAMI renungkanlah

* Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
* Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah.
* Tidaklah setaqwa Aisyah
* Tidaklah setabah Fatimah
* Justeru,
* Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
* Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
* Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
* Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
* Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
* Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
* Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
* Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
* Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
* Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
* Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
* Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana
* Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
* Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
* Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah

* Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
* Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
* Tidaklah setaqwa Ibrahim
* Tidak setabah Ayyub
* Tidak segagah Musa
* Apalagi setampan Yusuf
* Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
* Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
* Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
* Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
* Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
* Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
* Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
* Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
* Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
* Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana Memilik suami yang tak segagah mana..
* Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
* Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
* Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah:

* Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
* Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
* Tidak perlu isteri secantik Balqis
* Andai diri tidak sehebat Sulaiman
* Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
* Seandai kasih tak setulus Zulaikha
* Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
* Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.